Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Program Hari Malaysia 2018

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Program ini bertujuan agar dapat melahirkan peserta yang kreatif disamping dapat menyemarakkan semangat patriotik. Selain itu peserta dapat membentuk semangat kerjasama sepanjang aktiviti ini dijalankan... baca selanjutnya

Program Kemerdekaan 2018

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2018

Program ini bertujuan agar dapat melahirkan murid-murid yang kreatif disamping dapat menyemarakkan semangat patriotik. Selain itu, murid-murid dapat membentuk semangat kerjasama sepanjang aktiviti ini dijalankan. Dengan adanya aktiviti menggunakan Komputer, dapat melahirkan murid-murid yang celik IT... baca selanjutnya

Pertandingan Mencari Harta Karun 1.0

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Dapat melatih peserta dengan diberi klu untuk memulakan pencarian harta karun, setelah berjaya memiliki harta karun, peserta perlu menaip di dalam Microsoft word apakah harta karun yang mereka miliki, peserta yang mendapat banyak harta karun dikira sebagai pemenang... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak”

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2018

Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz dan aktiviti untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI... baca selanjutnya

Pertandingan Kad Raya kreatif

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Tujuan utama menjalankan Pertandingan membuat kad hari raya adalah menyedarkan dan memupuk semangat kerjasama... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Felda Nitar 2

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2018

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat... baca selanjutnya

KDB & Membuka Booth Pameran

Aktiviti Terkini | 3, 7 & 8 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri... baca selanjutnya

KDB & Membuka Booth di Politeknik

Aktiviti Terkini | 12 - 13 Mac 2018

Membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab(safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah... baca selanjutnya

Program Pesta Flora, Makanan dan Nenas Tempatan

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2018

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya dimulakan dengan pengenalan Klik dengan Bijak tentang keburukan dan kebaikan internet dalam menggunakan penggunaan seharian... baca selanjutnya

Program Cergas Minda 2018

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2018

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepentingan mengetahui kelebihan dan kelemahan penggunaan internet dan media sosial dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan antara KEMAS di Felda Nitar 2 dengan... baca selanjutnya

Gotong royong 2018

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2018

Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan antara AJK dan ahli persatuan di felda nitar 2 dengan PI1M dan juga penduduk yang hadir dan melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar selain membina sifat bertanggungjawab dalam diri... baca selanjutnya